Monday, 24 March 2014

MELAYU SUDAH TAK AMBIL PEDULI!!!



Pada 23 September lalu, saya terbaca satu artikel yang bertajuk Suara Hati Tun Dr. Mahathir Mohamad di Mingguan Malaysia. Ketika saya membacanya, remang bulu roma saya mendengar cerita yang dilalui sendiri oleh Dr. Mahathir.

Waktu saya kecil, cerita seperti ini sering diceritakan oleh opah saya yang melalui penjajahan British, Jepun dan Bintang Tiga. Cerita yang sama juga diceritakan oleh ayahanda saya yang juga Ketua Penerangan UMNO di waktu zaman Tuanku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.

Saya bertanya dengan opah mengapa menceritakan ini semua kepada saya. Opah saya menjawab bahawa cerita ini hendaklah diketahui oleh orang muda seperti saya yang lahir di zaman pasca kemerdekaan. Cerita ini adalah pengajaran buat saya dan saya harus menceritakan kepada anak-anak saya nanti.

"Peristiwa penjajahan ini harus difahami oleh kamu supaya kamu tidak lupa bahawa orang sebangsa dengan kamu iaitu orang Melayu pernah dijajah dan orang Melayu begitu hina sekali dibuat oleh penjajah ini," kata opah.

Saya bertanya kepada opah: "Apakah kaum lain seperti Cina dan India tidak dihina oleh penjajah ini?" Opah menjawab: "Kamu mesti faham bahawa orang Cina pedagang dan pekerja lombong-lombong besar. Mereka berniaga dengan siapa sahaja yang boleh memberikan keuntungan kepada mereka. Sesiapa sahaja yang tidak menguntungkan, mereka tidak akan mengendahkan, ini termasuklah orang Melayu."

Opah memberitahu saya lagi: "Orang India adalah pekerja di estet-estet getah kepunyaan orang Putih." Mereka ini bekerja dan bila ada duit banyak, mereka hantar ke negara ibunda mereka. Ada juga yang bawa keluarga mereka ke Tanah Melayu untuk bersama-sama bekerja dengan mereka." Daripada apa yang diceritakan oleh opah saya, maka saya melihat bahawa mereka ini adalah survival society manakala orang Melayu adalah deprived society.

Kebanyakan orang muda tidak suka mendengar cerita yang dianggap sudah outdated atau too nostalgic. Orang muda yang lahir pada tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an tidak merasa penting mengetahui perkara-perkara ini.

Ibu bapa yang sibuk mencari kemewahan dunia juga tidak peduli sama ada anak mereka ini tahu sejarah asal usul negara atau keturunan bangsa sendiri. Ibu bapa Melayu lebih pentingkan anak dapat berapa A dalam SPM, dapat masuk atau tidak ke universiti dan sebagainya.

Akhirnya, kelompok generasi Y ini mengetepikan soal bangsa Melayu, bangsa mereka sendiri yang pernah ditindas, ditendang, disepak terajang, dimaki, diusir keluar, dan ada nada kurang ajar menyuruh agar bangsa ini dihancurkan.

Orang Melayu muda tidak peduli. Orang Melayu tua sudah tidak ambil peduli. Orang Melayu profesional sudah berani mendabik dada mengatakan bahawa semua kejayaan mereka adalah atas usaha mereka sendiri dan bukan datang daripada mana-mana dasar atau usaha kerajaan atau parti politik yang membantu mereka.

Kata mereka: "I am here as a CEO because I deserve it and I am good and I am here is not because of DEB or any effort from the government." Inilah golongan orang Melayu yang sudah lupa.

Ini bukan hanya berlaku dalam kalangan orang muda profesional tetapi ia menular kepada pemimpin-pemimpin Melayu. Tidak kisahlah dari parti mana dia datang tetapi semuanya bongkak dan sombong apabila kuasa politik dikuasai mereka.

Ada yang sanggup mengangkat pengkhianat negara sebagai pejuang kemerdekaan; ada yang sanggup menggadai agama demi mahu memperolehi kuasa. Ada yang sanggup mengaut segala projek yang ada demi kemewahan diri sendiri.

Bagi sesetengah daripada mereka, melaungkan perpaduan Melayu adalah satu slogan bodoh atau usaha parti-parti yang desperado. Mereka sudah tidak melihat lagi bahawa the survival of the Malays di Tanah Melayu ini sebagai elemen penting. Mereka mahukan kuasa dan kuasa menjadi matlamat utama mereka.

Dalam al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 7, Allah berfirman dan maksudnya: "Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka tertutup, dan mereka akan mendapat azab yang berat."

Dalam ayat ini, asbabunnuzulnya menerangkan bahawa ia ditujukan kepada orang Yahudi di Madinah ketika itu, tetapi jika kita perhatikan ayat ini, ia sedang berlaku dalam kalangan bangsa Melayu.

Sifat Yahudi Madinah itu ada dalam kalangan kita. Apa yang mencemaskan apabila Allah telah menutup segala pancaindera serta hati, maka akan ada azab yang berat diturunkan oleh Allah kepada kita kelak. Apakah azab yang bakal kita hadapi?

Adakah penjajahan semula terhadap orang Melayu? Adakah orang Melayu akan menjadi bangsa kelas kedua di bumi sendiri; menjadi kaum terhina yang mudah disepak terajang oleh orang yang membenci bangsa Melayu?

Apakah ada pula azab 'misteri' yang bakal dihadapi oleh bangsa Melayu akibat daripada kelalaian, ketamakan, kerakusan dan kepentingan diri sendiri?

Benar kata-kata Dr. Mahathir bahawa semua ini berlaku adalah kerana bangsa Melayu itu sendiri sudah tidak bangga menjadi bangsa Melayu; sudah tidak lagi mahu tahu atau ambil peduli ke atas sejarah bangsa sendiri. Sudah menjadi sebuah bangsa yang 'tidak kisah' dan sekarang memperjuangkan hak asasi manusia (HAM).

Tidak salah untuk kita mengetengahkan hak dan menuntut hak kita sebagai warganegara Malaysia. Tetapi setiap hak ada peruntukan undang-undang dan setiap hak yang ada bukan bersifat mutlak. Setiap hak yang ada mesti berlandaskan kepada perundangan tertinggi negara iaitu Perlembagaan kerana dari situ bermulanya negara bangsa.

Ada orang Melayu sendiri mempersoalkan Perlembagaan negara. Orang ini adalah bangsa Melayu yang sudah tersedia pinggan mangkuk emas di atas meja; sudah terhidang makanan yang lazat-lazat untuk mereka makan.

Tetapi mereka lupa bahawa makanan yang dihidangkan itu bukan datang bergolek begitu saja. Ia datang daripada jerih- perih pejuang-pejuang kemerdekaan yang lampau.

Keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini bukan atas belas ihsan penjajah tetapi ia datang daripada usaha dan kebijakan orang Melayu sehingga negara ditadbir mengikut acuan yang berasas nilai-nilai agama dan adat budaya warisan bangsa negara ini.

Bila kita jumpa orang profesional Melayu atau pun orang muda Melayu, cuba kita tanya siapakah Megat Iskandar Shah? Sudah pasti hampir 90 peratus tidak tahu menjawabnya? Jika ditanya apakah yang mahu dilakukan oleh Malayan Union ke atas Tanah Melayu? Sudah tentu juga lebih 90 peratus tidak boleh menjawabnya. Kerana apa? Kerana hati mereka, penglihatan mereka dan pendengaran mereka telah tertutup dan dikunci mati.

Apakah akibatnya. Akibatnya nanti bangsa Melayu yang hebat seantero dunia ini akan menjadi bangsa yang akan dipijak oleh kaum lain dan akan dimanipulasikan oleh mereka demi kuasa dan pangkat dalam semua sektor dan bidang.

Kita hendaklah tahu bahawa bangsa Melayu adalah bangsa yang hebat. Kalau tidak mana mungkin bangsa Melayu di bawah Kesultanan Melayu Melaka mempunyai empayar yang cukup luar biasa.

Mana mungkin orang dari Portugal dan Belanda mahu datang ke Melaka jika tidak mendapat khabar berita bahawa terdapat bangsa Melayu yang hebat. Mana mungkin kerajaan China menghantar kumpulan eksplorasi dan panglimanya ke Tanah Melayu untuk bersahabat dengan Kesultanan Melayu Melaka. Ini adalah kehebatan Melayu.

Tetapi dalam kehebatan ini, ada juak-juak yang dengki sebab tidak dapat apa-apa daripada yang memerintah. Ada yang sudah ada jawatan dalam pemerintahan mahu lebih banyak kuasa sehingga ada yang sanggup menjual maruah dan negara demi kepentingan diri yang dia sendiri belum tahu mampu bertahan lama. Akhirnya bangsa yang gah di mata dunia, dijajah dan dipijak-pijak.

Untuk peringatan kita bersama, marilah kita menghayati dan memahami setiap bait ayat yang dinukilkan oleh Dr. Mahathir tentang 'suara hatinya'. Benar bukan simpati yang diminta oleh Dr. Mahathir tetapi beliau mahu kita mengimbau kembali kepayahan dan kesusahan lampau dijadikan pedoman untuk terus maju ke hadapan.

Untuk bangsa Melayu Muda, selamilah kata-kata Dr. Mahathir supaya ia menjadi azimat untuk menentukan untung nasib bangsa Melayu di bumi Tanah Melayu ini.Untuk pemimpin Melayu, cukup-cukuplah perbalahan sesama sendiri, marilah kita kembali bertaut untuk Islam, Melayu dan Tanah Air tercinta ini. Buang yang keruh ambil yang jernih, baru teguh peribadi.

Untuk bangsa Melayu yang tidak ambil peduli, marilah kita bersama membina sebuah bangsa yang disegani dan dihormati. Jaga akidah kita sebagai umat Islam, dan jaga bangsa kita sebagai bangsa yang terhebat di Tanah Melayu ini.


Bak kata bait lagu lama: "Nenek moyang kaya raya, Tergadai seluruh harta benda, Akibat sengketa sesama kita, Cita lenyap di arus masa."

Friday, 11 October 2013

Oh Pemilihan UMNO...

Assallammualiakum kepada para pembaca,





Pada 7hb Oktober, saya telah dibatalkan percalonan saya bersama -sama dengan Tun Faisal. Heboh satu Malaya menceritakan tentang saya ditolak oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO.

Mereka menceritakan bahawa saya tidak layak kerana saya tidak mengikut kriteria yg telah ditetapkan iaitu seseorang yang mahu menawarkan diri untuk bertanding hendaklah menjadi ahli MT atau AJK Bahagian satu penggal. Ketika saya berkempen di Johor bersama sama dengan YB Dato Seri dr Ahmad Zahid Hamidi, setelah selesai saya diperkenalkan oleh YB Dato Seri Zahid Hamidi "Pangliman Melayu Terakhir", saya diberitrahu oleh seseorang dari UMNO HQ mengatakan bahawa percalonan saya telah ditolak. Saya dan wakil saya amat terkejut dengan kenyataan itu. Beranam kata:

KUALA LUMPUR 26 Sept — Tun Faisal Ismail and Prof Datuk Dr Mohd Zainul Fitri Othman have been confirmed as not eligible to contest for an Umno supreme council seat as they failed to meet the minimum condition to contest for it.
UMNO executive secretary Datuk Ab Rauf Yusoh said this was because both had never been a member of any divisional committee, the minimum requirement. “The condition set is that one has to be a divisional committee member for at least one term or had been a supreme council member at least once (one term) before. “But both Tun Faisal and Dr Zainul have neither,” he told Bernama, here, today. Yesterday, the party issued the confirmed list of candidates from No. 1 to 64, vying for the 25 supreme council seats. However, the names of the two are not in the list, with No. 11 and No. 60 left vacant. Tun Faisal is an Umno Youth executive council member, and his candicacy for a supreme council post (as member) was reported to be endorsed by the movement, while Zainul is the Gombak Setia Umno branch permanent chairman. Ab Rauf, however, said it was up to these two to appeal to the party’s management committee or supreme council against the party election committee’s decision.- BERNAMA

Yang menghairankan mengapa mereka bagi No Percalonan MT saya iaitu No 11? Kenapa tidak buat pemutihan terlebih dahulu? Saya pening memikirkannya. Dengan hati yg gundah saya pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu juga. Sampai di Kuala Lumpur, saya datang bertanya dengan Dato rauf melalui wakil calon saya Aiman. Aiman telah bertanya beberapa kali  mengapa percalonan saya di tolak. Dato Rauf mengatakan bahawa saya tidak layak kerana saya tidak menepati Fasal 9.5 perlembagaan UMNO yang mengatakan bahawa sesiapa yang nak ingin menawarkan diri bertanding di peringkat MT seseorang itu mesti menjadi ahli MT atau AJK bahagian selama sepenggal. Oleh kerana saya dan Tun Faisal tidak layak maka kedua dua kami terbuang keluar. Apa yang kami buat setelah itu, Tun Faisal telah membuat rayuan..dan saya juga telah membuat rayuan.  Setelah saya membuat rayuan dan melakukan PC untuk menerangkan mengapa saya membuat rayuan. Saya telah menghantar surat rayuan saya kepada YAB Dato Sri Presiden, Tan Sri Timbalan Presiden, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan melalui Setiausaha Agong UMNO.  Pada 7hb Oktober, Jawtankuasa Pemilihan telah membuat keputusan bahawa hanya tun faisal sahaja dibenarkan bertanding kerana Tun Faisal adalah exco pemuda umno Malaysia iaitu setara dengan ajak bahagian. Mengikut kenyataan Tan Sri Tajol Rosli bahawa, kalau diikutkan Tun Faisal juga tidak layak tetapi menggunakan pasal 10.15 perlembagaan UMNO, Tun Faisal dibenarkan bertanding atas sebb Tun Faisal mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Walaupun saya redha dan berlapang dada atas keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO, saya merasakan ianya tidak adil kerana beberapa perkara: Namun demikian eloklah saya menerangkan sedikit mengenai perkara ini dan apakah IMPLIKASI SECARA PERUNDANGAN terhadap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Pemilihan.

Pada mulanya percalonan saya dan Tun Faisal ditolak kerana tidak menepati FASAL  9.5 dalam perlembagaan iaitu sesiapa yg mahu dan ingin menawarkan diri ke MT hendaklah dia memenuhi syarat asas iaitu menjadi MT atau AJK Bahagian sepenggal. Saya akur dengan ketetapan ini  namun demikian saya melihat TRANSFORMASI yang hendak dilakukan oleh YAB Dato Sri Presiden amatlah tepat pada waktunya dan ianya disertai dengan sistem inklusif atau sistem keterbukaan UMNO kepada ahli UMNO yang datang dari pelbagai sudut masyarakat samada NGOnya atau Ahli Akademik Universiti; terpanggil untuk menyumbang khidmatnya di dalam UMNO.

Bila dilihat dari segi semantic nya, di dalam perlembagaan UMNO tidak mengkhususkan bahawa AJK Bahagian itu  sebagai AJK Bahagian Induk, wanita, pemuda atau puteri yg juga dikenali sebagai AJK Bahagian Empat Peringkat. Ke semua AJK bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri adalah berdaftar di dalam ROS oleh itu mereka juga mempunyai sistem pemilihan yang sama sepertimana yg dijalankan oleh AJK Bahagian Induk. Ianya juga setara dimana apabila sesebuah cawangan itu mengadakan mesyuarat maka wakil dari AJK bahagian akan mewakili bahagian tetapi jika mereka tidak dapat hadir maka AJK bahagian dari pemuda wanita atau puteri juga boleh mewakili Bahagian. Ini bermakna AJK bahagian pemuda wanita dan puteri juga SETARA dengan Ajk bahgain Induk. Namun tafsiran ini tidak digunapakai oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO.

Setelah percalonan saya ditolak, (dimana saya hanya mengetahui perkara ini melalui akhbar akhbar dan bukan surat rasmi dari Jawatabkuasa Pemilihan UMNO) maka saya membuat rayuan sepertimana Tun Faisal juga melakukan perkara yang sama. Tetapi pada 7hb Oktober baru baru ini, Jawatankuasa Pemilihan UMNO telah mengumumkan bahawa Tun Faisal  dibenarkan bertanding walaupun tidak layak (menurut Tan Sri Tajul Rosli dimuka akhbar) tetapi oleh kerana Tun Faisal mewakili Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, maka dengan menggunakan FASA 10.15 , Tun Faisal telah dibenarkan bertanding semula atas keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan bersama-sama dengan Jawatankuasa Pemilihan UMNO kerana Tun Faisal dibawa oleh Pergerakan pemuda UMNO Malaysia. Namun demikian 9.5 jelas mengatakan Tun Faisal tidak layak wa-ima jika dia Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekalipun, jika dia tidak dan bukan ajk bahagian (mengikut interpretasi Jawatankuasa Pemilihan UMNO) maka dia tidak layak bertanding di MT


Saya ingin menarik perhatian bahawa, FASAL 10 di dalam perlembagaan UMNO adalah mengenai TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI UMNO.  Di dalam FASAL 10.15  perlembagaan UMNO ia mengatakan perihal kuasa yang diberi kepada MT dimana “MT BOLEH MENGAMBIL SEBARANG LANGKAH SELAIN DARIPADA PERKARA PERKARA YANG TERSEBUT DI ATAS BAGI KESEMPURNAAN PERJALANAN PARTI”. Namun demikian, keputusan kes Tun Faisal Calon MT No 60 dan kes saya sendiri CALON MT NO 11 tidak pernah dibincang di dalam mesyuarat MT yang seharusnya di pengerusikan oleh YAB Dato Sri Presiden sendiri. Keputusan tersebut dibuat melalui Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Pemilihan yang sememangnya BUKAN MAJLIS TERTINGGI UMNO. Oleh itu keputusan yg  telah dibuat dengan tidak secara langsung melanggar FASAL 10.15.

APAKAH IMPLIKASI DARI PERKARA INI.
 1.     

    Implikasi kedua adalah apabila Tun Faisal dibenarkan bertanding maka kes Tun Faisal telah menjadi “PRECEDENT” kepada Pergerakan Pemuda malah Wanita dan Puteri yang mana walaupun mereka hanya exco wanita, pemuda atau puteri, mereka tidak perlu menajdi ajk bahagian mengikut FASAL 9.5 maka dengan menggunakan kes yg sama mereka juga HARUS dibenarkan bertanding merebut jawatan MT. Saya yakin bahawa ramai Pergerakan Wanita , Pemuda dan Puteri sedang menganalisa bahwa peristiwa yang berlaku ke atas Tun Faisal membolehkan mereka juga merebut jawatan MT dimasa akan datang.

2.      Saya berpandangan, jika Tun Faisal dibenarkan bertanding dengan menggunakan FASAL 10.15 mengapa saya juga tidak dibenarkan bertanding bersama menggunakan FASAL yang sama dan menilai saya terhadap apa yang telah saya lakukan sebagai ahli UMNO selama ini. Jika seseorang itu bukan AJK bahagian ianya hendaklah dinilai mengikut pengalaman dan kerja yang dilakukannya. Ini penting kerana ianya memberikan satu sistem yg adil dan saksama

MENGAPA SAYA INGIN BERTANDING:

1.      Saya bertanding kerana INGIN MENJADI JAMBATAN ANTARA MT SAF KEPIMPINAN TERTINGGI UMNO dengan WARGA UNIVERSITI IPTA DAN IPTS yg menjadi gedung pengeluaran graduan terpelajar yang juga menjadi pengundi pada PRU 14 nanti. UMNO dilihat seperti disisihkan oleh warga Universiti dan ianya terlihat seakan akan terdapat jurang perhubungan yang agak ketara.
2.      Saya ingin mengwujudkan ENGAGEMENT yg bersepadu dengan warga Universiti yang mempunyai 4 golongan iaitu golongan Professors; golongan pensyarah Muda; golongan kakitangan sokongan; dan paling penting golongan mahasiswa. Setiap golongan ingin bersuara dan mencari platform untuk menyuarakan pendapat mereka dan idea mereka. Maka saya lah yg akan menjadi platform tersebut. Saya ingin berusaha merapatkan UMNO dengan golongan penduduk Universiti ini.

3.      Dari persepsi warga Universiti, sering kali UMNO dikatakan menyisihkan diri mereka dari warga Universiti. Seluruh warga akademik dan mahasiswa sedang memerhati dengan penuh minat melihat "wakil" mereka terlibat didalam kepimpinan tertinggi umno, bayangkan tanggapan negatif yg bakal terpalit pada umno sekiranya penglibatan "wakil" yg amat berpengaruh dan dihormati di alam akademik dan pengajian tinggi dilihat seolah "dibunuh" oleh pihak pengurusan umno atas dasar enggan memberikan definasi yg lebih terbuka dan inklusif dalam mentafsir peraturan dalaman.

4.      Walau apapun alasan teknikal yg bakal diberikan oleh pengurusan, umno bakal dilihat seolah-olah sengaja menidakkan penglibatan "wakil" warga kampus dalam kepimpinan tertinggi umno. Masyarakat sudah pasti akan mengenepikan segala alasan teknikal tersebut sebagai sekadar alasan utk menjadikan umno sebagai hak milik eksklusif segelintir melayu elit umno. Ini persepsi yang sedang berlegar di minda mereka.
5.      Dalam usaha menangani persepsi negatif terhadap umno oleh masyarakat urban dan masyarakat kampus, mana mungkin masyarakat keseluruhan amnya dan masyarakat kampus khasnya boleh menerima apa pun alasan teknikal yg umno bakal berikan kepada mereka dan ianya bakal menjadikan umno sebagai bahan jenaka dikalangan masyarakat. Adakah ini message transformasi yg diilhamkan oleh YAB Dato Sri Presiden  dalam usaha mendepani dan menghadapi PRU 14 nanti.

6.      Dalam masa umno berhadapan pelbagai tanggapan dan persepsi negatif drp masyarakat urban amnya dan masyarakat kampus khasnya tindakan menidakkan peluang "wakil" mereka utk bersama kepimpinan tertinggi umno bakal memburukan lagi keadaan.

Di dalam politik, saya telah menang tanpa bertanding jawatan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Gombak Setia. Selain itu saya juga pernah menjawat jawatan sebagai:
1.      Setiausaha Politik kepada YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selama setahun – 365 hari dimana saya tidak diberikan graduiti dan juga pencen.
2.      Saya juga pernah menjadi AJK Majlis Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia di zaman Dato Seri Dr Zahid Hamidi;
3.      AJK Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia di zaman Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein
4.      AJK Tabung Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia di zaman Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein
5.      AJK Bahagian Pemuda UMNO  Wangsa Maju  di zaman Ketua Pemuda Datuk Izzudin Ishak
6.      AJK Bahagian Pemuda UMNO Setiawangsa di zaman Ketua Pemuda Datuk Izzudin Ishak
7.      Ketua Cawangan UMNO KLSC Bahagian UMNO Setiawangsa di zaman Tan Sri Zulhasnan Rafique
8.      Setiausaha kepada Pengerusi Command Center UMNO PRU 11 dibawah Dato Rauf
9.      Penceramah UMNO/BN PRU 11 (Setiawangsa), 12 (Setiawangsa) dan 13 (Gombak)
10.  Presiden Kesatuan Anak Muda Islam –KAMI
11.  Ahli Majlis Syura JATI
12.  Ahli Panel Pemikir GPMS
13.  Exco member for Malaysian Association of International Educators (MAIE)

Ini adalah apa yang berlaku. Namun demikian, pintu rayuan buat saya telah tertutup pada 7hb Oktober. Sekali lagi saya mengatakan bahawa saya menerima hakikat dan realitas ini. Cuma di masa masa depan nanti apakah UMNO akan menghadapi ketidak berkesannannya pentadbiran yang ada sekrang ini bila nanti ada pemilihan UMNO dalam masa 3 hingga 6 tahun lagi. 








Malaysia Oh Malaysia...

Kenyataan oleh Nurul Izzah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, anak kepada Ketua Pembangkang  Dato Seri Anwar Ibrahim yang juga pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia; yang dikenali ramai sebagai pejuang Islam di dunia nusantara ini pada suatu ketika dahulu, amat mengejutkan ramai pihak terutamanya golongan yang membaca dan bangsa Melayu. Tetapi, kenyataan sebegitu bukan perkara baru. Naib Presiden PKR Nurul Izzah sekadar mengesahkan ungkapan yang di war warkan oleh bapanya sendiri sewaktu wawancara di luar Negara bersama media. 
Contohnya Anwar Ibrahim telah mengatakan kepada media antarabangsa bahawa beliau menyokong Lina Joy sebagai seorang Melayu Islam berhak untuk murtad atas dasar kebebasan hak asasi manusia tidak lama dahulu. Namun demikian kita tidak perlu membincangkannya lagi oleh kerana masing masing sudah sedia maklum dan rata rata rakyat Malaysia sudah tahu. Berbekalkan fakta ini, saya ingin mengajak para pembaca untuk melihat dan mengkaji “forum” ini dari sudut pandang yang lebih mendasar dan fundamental yang jika benar benar difahami bisa merobek hati dan sanubari setiap umat Islam di Negara ini.  Untuk pengetahuan umum, “forum: ini telah diberikan liputan terperinci oleh sebuah laman web kristian iaitu www.1christians.blogspot.com dan dan juga di antara portal yang pertama yang memaparkan perkara ini adalah Malaysiakini dan Malaysia Insider.

Mari kita lihat “forum” ini terlebih dahulu untuk memahami senario yang sedang berlaku dengan lebih mendasar. Pertama: “Forum” ini adalah mengenai persoalan ciri ciri dan pertanggungjawaban tentang perlaksanaan sesebuah Negara Islam. Kedua: “forum” ini di dianjurkan oleh gerakan kristian yang bernama Oriental Hearts and Minds Study Institute (OHMSI) dan diadakan oleh pihak sebuah gereja bernama FULL GOSPEL TABERNACLE, USJ, SELANGOR. Ketiga: Moderatornya selaku pengerusi majlis adalah Dato’ Dr Cyrus Das yang seorang yang bukan beragama Islam. Ke empat: Ucap Utamanya adalah dari Dr Ahmad Farouk Musa seorang pakar kardiologi Fakulti Perubatan di Monash University Malaysia; Ke lima: Panelisnya adalah: Dr Syed Farid Alatas dari National University of Singapore; Malik Imtiaz (dari Human rights Association); Dr Wong Chin Huat (seorang aktivis sosial); YB Mujahid Yusuf Rawa mewakili PAS; YB Nurul Izzah mewakili PKR; Datuk Kenny Ng (peguam) ; dan YB Baru Bian mewakili Sabah dan Sarawak. “Forum” bermula jam 9 pagi sehingga 12 tengahari.
Berhubung dengan perkara di atas: Jika kita lihat dari moderatornya sehinggalah panelisnya kecuali YB Mujahid Yusuf Rawa, semuanya tidak mempunyai kekuatan dalam bidang Islam. Moderatornya selaku pengerusi majlis adalah seorang kristian, ucaputamanya pula seorang pakar jantung, dan panelisnya yang majoritinya bukan berlatarbelakangkan bidang pengajian Islam. Apakah mereka layak membicarakan atau mempersoalkan dasar dasar berhubungan dengan ciri ciri dan tanggungjawab perlaksanaan sesebuah Negara Islam? Adakah pihak penganjur dan para panelis tersebut mempunyai otoritas yang tuntas membicarakan perkara ini? Kalau secara otoritas intelektualnya, mereka memang tidak layak dan tiada nilai keintelektualan. Boleh kita rumuskan bahawa “forum” ini  tidak mempunyai nilai intelektualan yang tinggi. 

Kedua:  Dengan kehadiran YB Mujahid Yusuf Rawa selaku wakil rakyat PAS mewakili PAS, kehadiran dan kesanggupan beliau menjadi panelis telah menampakkan bahwa PAS seakan akan memberikan endorsemen kepada gereja untuk membincangkan dan mempersoalkan ciri ciri dan tanggungjawab pelaksanaan Negara Islam yang telah menjadi satu doktrinasi asas perjuangan PAS selama ini.
Pengendorsan ini memberikan impak kepada perjuangan PAS. Apakah PAS sudah mahu mengwujudkan satu fahaman liberalisasi di dalam PAS? Tiada sesiapa pun membuat liputan apa yang diperkatakan oleh YB Mujahid selaku panelis di dalam forum tersebut. Apakah Mujahid membantah? Atau menerima kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah? Jika Mujahid menerima kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah maka inilah kenyataan Pakatan Rakyat dan sekali gus PAS telah memberikan pengiktirafan kepada kenyataan Naib Presiden PKR serta penganjuran “forum tersebut. Ia juga sekali gus memberikan endorsemen dan sokongan kepada Gerakan Melayu Liberalis (GML) di Malaysia. Jika benar bahawa PAS memberikan endorsemen, apakah ini suara semua ahli PAS seluruh Negara? 

Ketiga: jika kita lihat, saya pasti hampir semua panelis kecuali yang bukan warganegara Malaysia, adalah dari Pakatan Rakyat. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa apa jua kenyataan yang dikeluarkan adalah mewakili Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS, PKR dan DAP.
Untuk makluman, orang bukan Islam telah menjadi pengerusi Majlis tersebut. Ironinya, di sebuah Negara yang majoriti penduduknya adalah beragama Islam, tidak adakah orang Islam yang lebih layak untuk menjadi moderator/pengerusi di Forum ini?. Apakah Locus si Moderator ini untuk menjadi moderator forum sebegini rupa?  Adakah kesemua ahli parti komponen di dalam pakatan rakyat meredhokan perkara ini? Adakah acara ini mendapat pengiktirafan oleh kesemua YB didalam pakatan rakyat yang beragama Islam dan berbangsa melayu? Antara perkara yang menarik perhatian saya adalah kehadiran YB Mujahid Yusuf Rawa sebagai salah seorang panelis yang mewakili PAS. Ada beberapa perkara persoalan yang harus kita teliti mengenai perkara kehadiran beliau. Pertama: adakah kehadiran beliau ini telah diberikan endorsemen oleh PAS Pusat? Kedua: apakah YB Mujahid yang mewakili PAS bersetuju dengan  kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah bahawa hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-Muslim tetapi juga kepada semua rakyat dimana dimaksudkan ianya termasuk dengan orang Melayu yang beragama Islam? Jika jawapannya YA, maka ini boleh mencetuskan kembali satu isu fundamental, iaitu adakah fenomena murtad boleh dilihat dari sudut “hak asasi manusia” bagi seorang Muslim?

Kedua, apakah Locus Standi atau hak sebuah gereja untuk menganjurkan forum untuk membincangkan isu umat Islam dan Negara Islam? Apakah agaknya reaksi yang bakal kita lihat sekira pihak JAKIM atau mana mana badan Islam menganjurkan suatu forum yang membincangkan atau mempersoalkan perkara-perkara yang mendasar berhubung isu-isu kepercayaan agama Kristian atau soalan negara Kristian? Adakah pihak gereja akan bersetuju untuk memberi kebenaran kepada mana-mana NGO Islam atau badan-badan Islam yang lain untuk menganjurkan suatu forum di dalam Masjid membincangkan tentang, sebagai contohnya, “Apakah perbeza antara Kristian Katholik dengan Kristian Protestan: Versi Siapa Yang Betul? Dan Tanggungjawab Siapa?” 

Sudah tentu, jika ada badan Islam yang melakukannya, maka hampir pasti ramai penganut agama Kristian di Negara ini yang bakal bangkit menentang dan membantah perkara ini. Namun oleh kerana Negara ini diperintah dibawah asas perlembagaan maka perkara ini boleh dikawal dan sudah tentu NGO Islam yg menganjurkannya akan diambil tindakan undang undang. Persoalannya sekarang ini, apakah pihak berkuasa samada JAIS atau pihak berkuasa yang berkenaan akan mengambil tindakan undang undang mengenai perkara ini? Namun yang demikian, sekiranya perkara ini sekadar dianjurkan sebagai perdebatan ilmiah di sebuah university dalam forum Teologi, mungkin apa yang berlaku adalah perdebatan ilmiah sahaja. Memang di Malaysia kini seperti sudah menjadi suatu keghairahan untuk memperdebatkan hampir segala isu kemasyarakatan dan kemanusiaan, sehinggakan, kadang-kala kita padat menyaksikan perdebatan-perdebatan sudah tidak mengendahkan sensitiviti-sensitiviti yang sedia ada di dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti di Malaysia.

Saya sangat yakin bahawa rata-rata di Malaysia dewasa ini, masyarakat Islam semakin tertanya-tanya mengapa terdapat gerakan Kristian atau gereja begitu berani membincangkan dan mempersoalkan isu-isu Negara Islam dan Islam itu sendiri di tengah-tengah masyarakat yang majoritinya Muslim?  Dari manakah pihak gerakan Kristian atau gereja mengumpul keberanian yang sebegitu rupa? Adakah ianya berpunca dari sokongan dan dokongan yang tidak berbelah-bagi daripada segelintir wakil rakyat pembangkang yang beragama Islam dan berbangsa Melayu? 

Tetapi apabila ada YB Melayu beragama Islam dan mempunyai fahaman Islam Liberal ini membuat kenyataan maka ianya akan memberikan laluan kepada pengerak agama lain membina persepsi bahawa jika sudah ada orang Melayu Islam boleh mempertikaikan peruntukan perlembagaan yang melindungi agama Islam itu sendiri, maka kenapa kita (mereka orang yang bukan beragama Islam) tidak mengambil inisiatif untuk terus mendesak agar perkara ini di tuntut oleh mereka. 

Dalam kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah, yang perlu kita faham ialah kewujudan bangsa Melayu dengan status Melayu adalah kerana agama Islam. Hubungan Melayu dan Islam sangat sinonim, sehinggakan peruntukkan Perlembagaan dibuat di Artikel 160 bahawa salah satu ciri Melayu, selain mengamal adat resam Melayu dan berbahasa Melayu, ialah dia mesti beragama Islam.

Paksi kewujudan Negara ini adalah Tanah Melayu, dan agama Islam sudah lama bertapak di Tanah Melayu ini berkurun yang lampau. Oleh itu bolehlah kita katakan bahawa Tanah Melayu ini adalah Tanah Melayu yang beragama Islam sehinggalah datangnya penjajah yang datang menyebarkan agama Kristian Katolik dan Prostestan di Negara ini, namun agama Islam masih menjadi agama unggul. Kesuciannya tercemar, tetapi agama Islam masih menjadi agama dominan di Tanah Melayu ketika itu.  
Dengan aliran sejarah yang jelas ini, maka setelah negara bangsa wujud melalui Perlembagaan, maka sudah diwartakan, bahawa orang Melayu itu adalah beragama Islam secara otomatis. Dan agama Islam menjadi agama dominan di Negara ini walaupun peruntukan perlembagaan memberikan kebenaran untuk agama lain diamalkan tetapi tidak diberi keizinan melakukan penyebaran terhadap kepercayaan agama itu kepada umat Melayu khususnya. 

Naib Presiden Nurul Izzah telah membentuk satu phenomenon yang baru dalam pola pemikiran manusia di Malaysia amnya, bahawa atas kedudukan hak seseorang manusia, maka ianya berhak menentukan agamanya. Adakah segala cetusan ide baru itu baik untuk umat Islam? Walaupun ianya bukan satu promosi kepada kemurtadan tetapi kenyataan ini boleh boleh dilihat sebagai satu aliran pemahaman yang memberikan keluasan hak manusia terutamanya Melayu untuk memilih agama lain selain Islam. Dengan tidak secara langsung ianya adalah sebuah persepsi bahawa orang Melayu juga harus diberikan hak untuk memilih agama lain selain Islam. Jika hak ini dilaksanakan maka ada kebarangkalian orang Melayu yang lahir sebagai beragama Islam secara otomatis mungkin sudah tidak lagi lahir sebagai beragama Islam kerana undang undang ini akan ditukar oleh mereka untuk memberikan laluan kepada Melayu yang dilahirkan ini memilih agamanya. Ingin saya menarik perhatian bahawa Naib Presiden PKR Nurul Izzah itu menyebut bahawa “Tiada desakan dalam beragama…mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,”..Sememangnya betul bahawa Islam tidak mendesak sesiapa yang diluar Islam memeluk agamanya tetapi ungkapan atau firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 256  ini hanya berlaku kepada orang kafir yang belum beriman kepada Allah. 

Allah SWT berfirman : ertinya : " Barang siapa kafir kepada Allah sesudah ia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang-orang yang 
dipaksa kafir padahal hatinya tetap tenang dalam beriman 
(dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan 
dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya 
dan baginya azab yang besar".....(16:106).
Allah juga menyatakan: "Bagaimana Allah akan menunjuki suatu kaum yang kafir 
sesudah mereka beriman, serta mereka telah mengakui bahwa 
Rasul itu (Muhammad) benar-benar rasul dan keterangan- 
keterangan pun telah datang kepada mereka? Allah tidak 
menunjuki orang-orang yang zalim."....(
Ali Imran:86).

"Mereka itu balasannya ialah: bahawasanya laknat Allah 
ditimpakan kepada mereka (demikian pula) laknat para 
malaikat dan manusia seluruhnya"..
 .......
 (Ali Imran: 87).
Dalam ayat yang lain, Allah berfirman: Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu : "Jika mereka berhenti dari kekafirannya, nescaya Allah akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang lampau, dan jika mereka kembali lagi kafir (murtad) sesungguhnya akan berlaku sunnah Allah terhadap sebagaimana orang-orang terdahulu; Perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu untuk Allah semata-mata " (Al-Anfaal : 38-39)

Apakah hukumannya...Rasulullah SAW telah memberikan hukumannya tersebut. Baginda bersabda,  Ertinya: Dari Ibnu Abbas ra : Sesiapa yang menukar agamanya (Islam) maka hendaklah kamu membunuhnya" ( Riwayat Bukhari 2/280; Abu Daud (4351); Tirmizi 145 ; Nasaie, 7/104 dan Ahmad ,1/282) (begitu banyak firman Allah dan sabda Rasulullah tentang Murtad dan hukumannya. Di nasihatkan agar Naib Presiden PKR Nurul Izzah merujuk kepada pakar agama Islam dengan wakil PAS)

Imam Ibn Rejab al-Hanbali pula ketika mensyarahkan hadith ini telah berkata : "Hukuman bunuh bagi setiap satu dari kesalahan ini adalah disepakati oleh ulama Islam seluruhnya" ( Jami' al-‘Ulum wal Hikam, dgn tahqiq Syeikh Syuaib, cet ar-Risalah)

Yusof al-Qaradhawi mengatakan bahawa telah ijma' fuqaha' Islam bahawa hukuman bagi murtad adalah bunuh selepas Istitab. Perkara ini telah disahkan oleh Al-Allamah Imam Ibn Rejab al-Hanbali (w 795 H) di dalam kitabnya Jami' al-'Ulum wa al-Hikam (Syarh Hadith ke 14, cet al-Maktabah al-'Asriyah, hlm 134). Imam Muhd Abu Zuhrah (cendikiawan Islam terhebat di zamannya, w 1972 m) juga mengesahkan kesepakatan ulama' ini. (Lihat Al-uqubah, hlm 172)
Persoalannya, dimana yang dikatakan bahawa orang Melayu yang sudah beragama islam sejak lahir itu diberikan kebebasan memilih agamanya sendiri? Allah swt dan Rasulullah saw telah begitu jelas memberikan pertunjuk dan jalan penyelesaiannya. Kenapa kita manusia dibumi ini memandai mandai menentang firman Allah dan perintah Rasulullah ini? 

Naib Presiden PKR Nurul Izzah juga berkata : seharusnya tidak wujud sebarang perbezaan antara agama Islam dan agama lain di negara ini. Apakah maksud Naib Presiden PKR Nurul Izzah? Adakah agama Islam itu sama dengan agama Hindu, Buddha, Kristian? “Seharusnya tidak wujud sebarang perbezaan ini” yang dikatakan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah ini apa? Apa dalil dan asas kenyataan ini? Kenyataan ini jelas ianya beridealogikan pluralisme.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah berkata, jika iman seseorang itu kukuh, ia tidak mudah goyah dengan pendakwahan agama lain. Tetapi, adalah lebih baik jika kita mengelakkan perkara perkara luar seperti pendakwahan kristianisasi ini berlaku daripada kita cuba menguji sejauhmana iman seseorang. Apakah Naib Presiden PKR Nurul Izzah yakin bahawa umat Melayu di Negara ini sudah cukup kuat imannya? Dan siapa Naib Presiden PKR Nurul Izzah untuk menentukan seseorang itu sudah kuat imannya atau tidak? Dan jika pandangan Naib Presiden Nurul Izzah itu mahu diterjemahkan, maka Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan wajib dipinda dengan menghapuskan ciri “Melayu itu wajib Islam”. Apakah sudah ada Gerakan Anti Perlembagaan Malaysia sekarang ini? Memandangkan pandangan ini dibuat oleh anak ketua pembangkang, adakah ianya mewakili pandangan semua parti komponen pembangkang termasuk Parti Islam SeMalaysia

Selain persoalan memberikan hak kepada orang Melayu untuk memilih agamanya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah juga mengatakan bahawa golongan LGBT ini hendaklah dihormati privasinya. Naib Presiden PKR Nurul Izzah juga turut mempertikaikan undang-undang di negara ini berkaitan dengan halangan terhadap Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT). Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut di tempat peribadi. 

Kalau begitu, jika ada orang yg melakukan zina, maka pihak JAIS tidak boleh menyerbu masuk ketika perkara zina berlaku atas dasar menghormati privasi mereka dan hak mereka melakukan zina di tempat peribadi. Adakah ini yang dimaksudkan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah? Inikah yang diperjuangkan oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah dan Parti Islam SeMalaysia? Adakah ini bermakna melakukan zina atau apa jua aktiviti LGBT secara peribadi lebih mulia kedudukannya dari mencegahnya daripada berlaku menurut Al Quran?

Naib Presiden PKR Nurul Izzah berkata lagi, jika undang-undang itu dilaksanakan juga di tempat peribadi ia tidak menghormati hak privasi seseorang. Beliau berkata “Dalam Islam terdapat sekatan berhubung isu LGBT ini. Tapi apa yang penting ialah kita tidak menjadikan golongan ini sebagai mangsa. Kita harus terima mereka ini. 

Jika kita perhatikan kenyataan di atas, maka kita boleh bertanya kepada Melayu Liberalis ini apakah Allah telah menjadikan kaum Nabi Luth ini “mangsa” sepertimana Allah berikan balasan kepada kaum Nabi Luth a.s.? Apakah Allah akan menerima mereka ini? Jika mereka bertaubat, ya benar Allah akan menerima mereka semula. Tetapi jika mereka ingkar, apakah Allah akan menerima mereka? Yang penting disini bukan kepentingan mereka tetapi kepentingan Islam dan masyarakat Islam itu sendiri. Yang penting, sebagai orang Islam kita wajib mempertahankan Islam bukan mempertahankan Hak Asasi Manusia yang bergerak di luar batasan Islam.

Kata Naib Presiden PKR Nurul Izzah lagi, ““Pelaksanaan (undang-undang ketika ini) tidak menghormati (pelaku) dan tidak membawa sebarang makna dari segi Islam dan juga mana-mana agama. Kita (Muslim) ada sekatan-sekatan tertentu, tetapi ia tidak seharusnya menceroboh ruang privasi,” tegas beliau “Sebagai seorang Muslim, saya boleh terima LGBT. Pada saya, sesiapa yang melakukan orientasi seks mereka di tempat peribadi, kita tidak boleh mengambil tindakan (terhadapnya). Sebagai seorang Muslim, saya tidak boleh menerima ini”. 

Naib Presiden PKR Nurul izzah mengatakan dirinya sebagai Muslim – yakni orang Beragama Islam, boleh menerima LGBT? Bukankah kenyataan dan pandangan ini bertentangan dengan ajaran Islam dan tuntutan Allah swt.  Sebagaimana yang kita maklum, Allah melaknati manusia LGBT ini. Adakah ini diredhai oleh ahli Parti Islam SeMalaysia? Apakah Naib Presiden PKR Nurul, sudah lupa kepada kisah Nabi Luth a.s.? Adakah ahli PAS juga sudah lupa dengan kisah Kaum Nabi Luth a.s.?  

Kesimpulannya, tujuan utama Naib Presiden PKR Nurul Izzah memberikan pandangan sebegini adalah kerana ianya mahu meraih undi golongan “urban” yang rata rata mempunyai pemikiran liberalis. Naib Presiden PKR Nurul Izzah disatu sudut apabila berada dikelompok melayu liberalis ini maka dia akan menceritakan dan memberi pandangan serta mendengangkan perkara dan isu yang sedap didengar dan mahu didengar oleh golongan ini. Apabila berhadapan dengan Melayu yang tinggal dikawasan luar bandar yang rata rata fundamentalis Muslim, maka ia akan berteriak dan beria ria menengakkan daulah islamiah dengan konsep dan manhaj al adlu wa ihsan. 

Allah pernah berfirman dalam surah AL Baqarah ayat 14; “Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata: “kami telah beriman.” Tetapi apabila mereka kembali kepada setan setan (puak puak mereka, pemimpin-pemimpin, golongan golongan) mereka, mereka berkata “sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok olok”.

Benarlah firman Allah swt ini. Inilah sifat orang munafik dan oportunis. Lain dibibir, lain dihati. Lain diungkap lain pula yang jadi. Naib Presiden PKR Nurul Izzah telah meletakkan dan mempromosikan dirinya sebagai Melayu Liberalis dan Melayu oportunis kelas pertama. Kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah jelas sekali,  satu kenyataan politik yang mahukan undi golongan “urban” bagi mendapatkan faedah politik PKR. Ini menampakkan kesanggupnya untuk berbuat apa saja demi meraih undi untuk ke putrajaya sehingga maruah dan integrity Islam diperdagangkan dan pergadaikan. Adakah ahli PAS merestui “lelongan” agama yang sebegini rupa dan adakah masyarakat melayu Islam di Malaysia telah bersedia menerima politik hipokrasi seperti ini??? Dengan mengambil sikap berdiam diri, adakah ini juga pendirian dan perjuangan Mursyidul Am dan Presiden PAS? Kata pepatah Melayu..  “kalau diam tandanya setuju” Adalah menarik untuk sama sama kita menunggu dan melihat apakah babak drama seterusnya. ??? 

Sebagai penutup saya ingin mengajak para pembaca untuk merenungkan adakah tindakan pihak gerakan kristian atau gereja dengan beraninya menganjurkan forum sebegini rupa sebagai babak kedua untuk menguji dan meramal tahap kesabaran masyarakat Islam di Negara ini setelah mereka berjaya memainkan babak pertama mereka iaitu berjaya mendapat sokongan PAS dalam isu Kalimah Allah????