Friday, 11 October 2013

Oh Pemilihan UMNO...

Assallammualiakum kepada para pembaca,





Pada 7hb Oktober, saya telah dibatalkan percalonan saya bersama -sama dengan Tun Faisal. Heboh satu Malaya menceritakan tentang saya ditolak oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO.

Mereka menceritakan bahawa saya tidak layak kerana saya tidak mengikut kriteria yg telah ditetapkan iaitu seseorang yang mahu menawarkan diri untuk bertanding hendaklah menjadi ahli MT atau AJK Bahagian satu penggal. Ketika saya berkempen di Johor bersama sama dengan YB Dato Seri dr Ahmad Zahid Hamidi, setelah selesai saya diperkenalkan oleh YB Dato Seri Zahid Hamidi "Pangliman Melayu Terakhir", saya diberitrahu oleh seseorang dari UMNO HQ mengatakan bahawa percalonan saya telah ditolak. Saya dan wakil saya amat terkejut dengan kenyataan itu. Beranam kata:

KUALA LUMPUR 26 Sept — Tun Faisal Ismail and Prof Datuk Dr Mohd Zainul Fitri Othman have been confirmed as not eligible to contest for an Umno supreme council seat as they failed to meet the minimum condition to contest for it.
UMNO executive secretary Datuk Ab Rauf Yusoh said this was because both had never been a member of any divisional committee, the minimum requirement. “The condition set is that one has to be a divisional committee member for at least one term or had been a supreme council member at least once (one term) before. “But both Tun Faisal and Dr Zainul have neither,” he told Bernama, here, today. Yesterday, the party issued the confirmed list of candidates from No. 1 to 64, vying for the 25 supreme council seats. However, the names of the two are not in the list, with No. 11 and No. 60 left vacant. Tun Faisal is an Umno Youth executive council member, and his candicacy for a supreme council post (as member) was reported to be endorsed by the movement, while Zainul is the Gombak Setia Umno branch permanent chairman. Ab Rauf, however, said it was up to these two to appeal to the party’s management committee or supreme council against the party election committee’s decision.- BERNAMA

Yang menghairankan mengapa mereka bagi No Percalonan MT saya iaitu No 11? Kenapa tidak buat pemutihan terlebih dahulu? Saya pening memikirkannya. Dengan hati yg gundah saya pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu juga. Sampai di Kuala Lumpur, saya datang bertanya dengan Dato rauf melalui wakil calon saya Aiman. Aiman telah bertanya beberapa kali  mengapa percalonan saya di tolak. Dato Rauf mengatakan bahawa saya tidak layak kerana saya tidak menepati Fasal 9.5 perlembagaan UMNO yang mengatakan bahawa sesiapa yang nak ingin menawarkan diri bertanding di peringkat MT seseorang itu mesti menjadi ahli MT atau AJK bahagian selama sepenggal. Oleh kerana saya dan Tun Faisal tidak layak maka kedua dua kami terbuang keluar. Apa yang kami buat setelah itu, Tun Faisal telah membuat rayuan..dan saya juga telah membuat rayuan.  Setelah saya membuat rayuan dan melakukan PC untuk menerangkan mengapa saya membuat rayuan. Saya telah menghantar surat rayuan saya kepada YAB Dato Sri Presiden, Tan Sri Timbalan Presiden, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan melalui Setiausaha Agong UMNO.  Pada 7hb Oktober, Jawtankuasa Pemilihan telah membuat keputusan bahawa hanya tun faisal sahaja dibenarkan bertanding kerana Tun Faisal adalah exco pemuda umno Malaysia iaitu setara dengan ajak bahagian. Mengikut kenyataan Tan Sri Tajol Rosli bahawa, kalau diikutkan Tun Faisal juga tidak layak tetapi menggunakan pasal 10.15 perlembagaan UMNO, Tun Faisal dibenarkan bertanding atas sebb Tun Faisal mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Walaupun saya redha dan berlapang dada atas keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO, saya merasakan ianya tidak adil kerana beberapa perkara: Namun demikian eloklah saya menerangkan sedikit mengenai perkara ini dan apakah IMPLIKASI SECARA PERUNDANGAN terhadap keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Pemilihan.

Pada mulanya percalonan saya dan Tun Faisal ditolak kerana tidak menepati FASAL  9.5 dalam perlembagaan iaitu sesiapa yg mahu dan ingin menawarkan diri ke MT hendaklah dia memenuhi syarat asas iaitu menjadi MT atau AJK Bahagian sepenggal. Saya akur dengan ketetapan ini  namun demikian saya melihat TRANSFORMASI yang hendak dilakukan oleh YAB Dato Sri Presiden amatlah tepat pada waktunya dan ianya disertai dengan sistem inklusif atau sistem keterbukaan UMNO kepada ahli UMNO yang datang dari pelbagai sudut masyarakat samada NGOnya atau Ahli Akademik Universiti; terpanggil untuk menyumbang khidmatnya di dalam UMNO.

Bila dilihat dari segi semantic nya, di dalam perlembagaan UMNO tidak mengkhususkan bahawa AJK Bahagian itu  sebagai AJK Bahagian Induk, wanita, pemuda atau puteri yg juga dikenali sebagai AJK Bahagian Empat Peringkat. Ke semua AJK bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri adalah berdaftar di dalam ROS oleh itu mereka juga mempunyai sistem pemilihan yang sama sepertimana yg dijalankan oleh AJK Bahagian Induk. Ianya juga setara dimana apabila sesebuah cawangan itu mengadakan mesyuarat maka wakil dari AJK bahagian akan mewakili bahagian tetapi jika mereka tidak dapat hadir maka AJK bahagian dari pemuda wanita atau puteri juga boleh mewakili Bahagian. Ini bermakna AJK bahagian pemuda wanita dan puteri juga SETARA dengan Ajk bahgain Induk. Namun tafsiran ini tidak digunapakai oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO.

Setelah percalonan saya ditolak, (dimana saya hanya mengetahui perkara ini melalui akhbar akhbar dan bukan surat rasmi dari Jawatabkuasa Pemilihan UMNO) maka saya membuat rayuan sepertimana Tun Faisal juga melakukan perkara yang sama. Tetapi pada 7hb Oktober baru baru ini, Jawatankuasa Pemilihan UMNO telah mengumumkan bahawa Tun Faisal  dibenarkan bertanding walaupun tidak layak (menurut Tan Sri Tajul Rosli dimuka akhbar) tetapi oleh kerana Tun Faisal mewakili Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, maka dengan menggunakan FASA 10.15 , Tun Faisal telah dibenarkan bertanding semula atas keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan bersama-sama dengan Jawatankuasa Pemilihan UMNO kerana Tun Faisal dibawa oleh Pergerakan pemuda UMNO Malaysia. Namun demikian 9.5 jelas mengatakan Tun Faisal tidak layak wa-ima jika dia Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekalipun, jika dia tidak dan bukan ajk bahagian (mengikut interpretasi Jawatankuasa Pemilihan UMNO) maka dia tidak layak bertanding di MT


Saya ingin menarik perhatian bahawa, FASAL 10 di dalam perlembagaan UMNO adalah mengenai TANGGUNGJAWAB MAJLIS TERTINGGI UMNO.  Di dalam FASAL 10.15  perlembagaan UMNO ia mengatakan perihal kuasa yang diberi kepada MT dimana “MT BOLEH MENGAMBIL SEBARANG LANGKAH SELAIN DARIPADA PERKARA PERKARA YANG TERSEBUT DI ATAS BAGI KESEMPURNAAN PERJALANAN PARTI”. Namun demikian, keputusan kes Tun Faisal Calon MT No 60 dan kes saya sendiri CALON MT NO 11 tidak pernah dibincang di dalam mesyuarat MT yang seharusnya di pengerusikan oleh YAB Dato Sri Presiden sendiri. Keputusan tersebut dibuat melalui Jawatankuasa Pengurusan dan Jawatankuasa Pemilihan yang sememangnya BUKAN MAJLIS TERTINGGI UMNO. Oleh itu keputusan yg  telah dibuat dengan tidak secara langsung melanggar FASAL 10.15.

APAKAH IMPLIKASI DARI PERKARA INI.
 1.     

    Implikasi kedua adalah apabila Tun Faisal dibenarkan bertanding maka kes Tun Faisal telah menjadi “PRECEDENT” kepada Pergerakan Pemuda malah Wanita dan Puteri yang mana walaupun mereka hanya exco wanita, pemuda atau puteri, mereka tidak perlu menajdi ajk bahagian mengikut FASAL 9.5 maka dengan menggunakan kes yg sama mereka juga HARUS dibenarkan bertanding merebut jawatan MT. Saya yakin bahawa ramai Pergerakan Wanita , Pemuda dan Puteri sedang menganalisa bahwa peristiwa yang berlaku ke atas Tun Faisal membolehkan mereka juga merebut jawatan MT dimasa akan datang.

2.      Saya berpandangan, jika Tun Faisal dibenarkan bertanding dengan menggunakan FASAL 10.15 mengapa saya juga tidak dibenarkan bertanding bersama menggunakan FASAL yang sama dan menilai saya terhadap apa yang telah saya lakukan sebagai ahli UMNO selama ini. Jika seseorang itu bukan AJK bahagian ianya hendaklah dinilai mengikut pengalaman dan kerja yang dilakukannya. Ini penting kerana ianya memberikan satu sistem yg adil dan saksama

MENGAPA SAYA INGIN BERTANDING:

1.      Saya bertanding kerana INGIN MENJADI JAMBATAN ANTARA MT SAF KEPIMPINAN TERTINGGI UMNO dengan WARGA UNIVERSITI IPTA DAN IPTS yg menjadi gedung pengeluaran graduan terpelajar yang juga menjadi pengundi pada PRU 14 nanti. UMNO dilihat seperti disisihkan oleh warga Universiti dan ianya terlihat seakan akan terdapat jurang perhubungan yang agak ketara.
2.      Saya ingin mengwujudkan ENGAGEMENT yg bersepadu dengan warga Universiti yang mempunyai 4 golongan iaitu golongan Professors; golongan pensyarah Muda; golongan kakitangan sokongan; dan paling penting golongan mahasiswa. Setiap golongan ingin bersuara dan mencari platform untuk menyuarakan pendapat mereka dan idea mereka. Maka saya lah yg akan menjadi platform tersebut. Saya ingin berusaha merapatkan UMNO dengan golongan penduduk Universiti ini.

3.      Dari persepsi warga Universiti, sering kali UMNO dikatakan menyisihkan diri mereka dari warga Universiti. Seluruh warga akademik dan mahasiswa sedang memerhati dengan penuh minat melihat "wakil" mereka terlibat didalam kepimpinan tertinggi umno, bayangkan tanggapan negatif yg bakal terpalit pada umno sekiranya penglibatan "wakil" yg amat berpengaruh dan dihormati di alam akademik dan pengajian tinggi dilihat seolah "dibunuh" oleh pihak pengurusan umno atas dasar enggan memberikan definasi yg lebih terbuka dan inklusif dalam mentafsir peraturan dalaman.

4.      Walau apapun alasan teknikal yg bakal diberikan oleh pengurusan, umno bakal dilihat seolah-olah sengaja menidakkan penglibatan "wakil" warga kampus dalam kepimpinan tertinggi umno. Masyarakat sudah pasti akan mengenepikan segala alasan teknikal tersebut sebagai sekadar alasan utk menjadikan umno sebagai hak milik eksklusif segelintir melayu elit umno. Ini persepsi yang sedang berlegar di minda mereka.
5.      Dalam usaha menangani persepsi negatif terhadap umno oleh masyarakat urban dan masyarakat kampus, mana mungkin masyarakat keseluruhan amnya dan masyarakat kampus khasnya boleh menerima apa pun alasan teknikal yg umno bakal berikan kepada mereka dan ianya bakal menjadikan umno sebagai bahan jenaka dikalangan masyarakat. Adakah ini message transformasi yg diilhamkan oleh YAB Dato Sri Presiden  dalam usaha mendepani dan menghadapi PRU 14 nanti.

6.      Dalam masa umno berhadapan pelbagai tanggapan dan persepsi negatif drp masyarakat urban amnya dan masyarakat kampus khasnya tindakan menidakkan peluang "wakil" mereka utk bersama kepimpinan tertinggi umno bakal memburukan lagi keadaan.

Di dalam politik, saya telah menang tanpa bertanding jawatan Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Gombak Setia. Selain itu saya juga pernah menjawat jawatan sebagai:
1.      Setiausaha Politik kepada YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selama setahun – 365 hari dimana saya tidak diberikan graduiti dan juga pencen.
2.      Saya juga pernah menjadi AJK Majlis Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia di zaman Dato Seri Dr Zahid Hamidi;
3.      AJK Biro Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia di zaman Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein
4.      AJK Tabung Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia di zaman Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein
5.      AJK Bahagian Pemuda UMNO  Wangsa Maju  di zaman Ketua Pemuda Datuk Izzudin Ishak
6.      AJK Bahagian Pemuda UMNO Setiawangsa di zaman Ketua Pemuda Datuk Izzudin Ishak
7.      Ketua Cawangan UMNO KLSC Bahagian UMNO Setiawangsa di zaman Tan Sri Zulhasnan Rafique
8.      Setiausaha kepada Pengerusi Command Center UMNO PRU 11 dibawah Dato Rauf
9.      Penceramah UMNO/BN PRU 11 (Setiawangsa), 12 (Setiawangsa) dan 13 (Gombak)
10.  Presiden Kesatuan Anak Muda Islam –KAMI
11.  Ahli Majlis Syura JATI
12.  Ahli Panel Pemikir GPMS
13.  Exco member for Malaysian Association of International Educators (MAIE)

Ini adalah apa yang berlaku. Namun demikian, pintu rayuan buat saya telah tertutup pada 7hb Oktober. Sekali lagi saya mengatakan bahawa saya menerima hakikat dan realitas ini. Cuma di masa masa depan nanti apakah UMNO akan menghadapi ketidak berkesannannya pentadbiran yang ada sekrang ini bila nanti ada pemilihan UMNO dalam masa 3 hingga 6 tahun lagi. 








No comments:

Post a Comment